Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahasiswa Jangan Lupa Diri...

KUALA LUMPUR - Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu bersyukur kerana dapat melanjutkan...

Lagi Gesaan ISA Diwujudkan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Netizen Gesa Polis Siasat...

ORANG ramai hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segelintir...

6,069 Kes Baru, 12...

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 6,069 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan kumulatif kepada 4,402,234...

Lelaki Rakyat Vietnam Mati Ditikam Di George Town

GEORGE TOWN – Seorang lelaki rakyat Vietnam dijumpai mati dipercayai akibat ditikam di persimpangan lampu isyarat Jalan C.Y Choy di sini malam tadi.

Mayat Nguyen Van Phuong, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan cedera parah di rusuk kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata menurut saksi kejadian, lelaki itu dikatakan dikejar seorang lelaki kira-kira pukul 11 malam.

“Mangsa bekerja di pasar berdekatan lokasi kejadian. Polis turut menemui sebilah pisau dan beberapa biji epal di dalam poket seluarnya, bagaimanapun kami percaya pisau itu bukan senjata pembunuhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata sebuah basikal turut dijumpai tidak jauh dari kawasan kejadian dan polis masih menyiasat sama ada kenderaan itu milik suspek atau mangsa.

Mazlan berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori