Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

15,573 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 15,573...

Keputusan PRU15 Lalu Pengaruhi...

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu dilihat telah memberi...

Belia Perlu Dipupuk Kesedaran...

KUANTAN - Golongan belia perlu dipupuk dengan kesedaran keselamatan di jalan raya agar...

Rayuan Peguam Bagi RCI...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menolak rayuan peguam P. Uthayakumar berhubung permohonannya bagi penubuhan...

Lelaki Warganegara Pakistan Maut Terbakar Dalam Kemalangan

IPOH – Seorang lelaki warga Pakistan yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) maut manakala rakan senegaranya cedera apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam gaung sebelum terbakar di Kilometer 40 Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Tapah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata pemandu MPV itu, Aamir Zulfiqar, 26, maut di tempat kejadian manakala rakannya Ali Hassan, 19, cedera di bahagian kaki dan tangan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kenderaan jenis Naza Citra yang dipandu mangsa dalam perjalanan ke Tapah terbabas ke dalam gaung semasa mengelak daripada dilanggar sebuah lori yang memasuki laluan bertentangan di satu selekoh.

“Sebelum kereta itu terbakar, pemandu tersebut pengsan sementara rakannya sempat keluar dari kereta untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya mangsa mati akibat terbakar seluruh badan dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori