Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

DAP Tolak Cadangan Wakil...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mahu...

Mahathir Terima Dana Iran...

TULAR... Awal Julai lalu, umat Islam di Malaysia gempar apabila Tun Dr. Mahathir...

i-Sinar: Kurang Pendapatan 30...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan...

Bandar Berhantu Nagoro, Kini...

Jepun – Nagoro kini menjadi bandar berhantu. Apa tidaknya daripada lebih beratus-ratus penduduk...

Lenovo Vibe X2 Hadir Dengan Rekaan Kerangka Berlapis

Lenovo baru-baru ini bersempena dengan IFA 2014 telah memperkenalkan salah satu telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Lenovo Vibe X2.

Telefon pintar tersebut dilengkapi spesifikasi tinggi disamping mempunyai rekabentuk yang amat menarik, dengan rekaan tersendiri yang dipanggil sebagai Tri-Layered design.

Ia hadir dengan rekaan warna yang agak unik, di mana bahagian tepinya hadir dengan warna berlapis yang mana agak berbeza dan menjadikannya agak unik berbanding peranti lain.

VIBE-X2_Red_Hero_01

Didatangkan dalam 3 pilihan warna iaitu putih, merah, gold dan kelabu gelap, Vibe X2 dilengkapi cip pemprosesan MediaTEK MT6595, yang mana turut menyertakan sokongan LTE bersama-sama dengannya.

Peranti bersaiz 5-inci ini juga turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel, kamera belakang 13-megapixel, dan ruangan storan terbina 32GB.

VIBE-X2-1-spesifikasi


Beberapa aksesori khusus turut hadir termasuk dengan kerjasama pihak JBL yang mana ia turut berfungsi sebagai sebuah kickstand.

Lenovo dilihat cuba memfokus kepada prestasi bateri dimana turut memperkenalkan aksesori tambahan iaitu cover phone yang dilengkapi bateri luar, berupaya meningkatkan kuasa bateri sebanyak 75% dan sangat nipis disamping turut berfungsi sebagai pelindung kepada telefon pintar tersebut.

Levovo Vibe X2 akan mula dijual di China terlebih dahulu pada akhir september sebelum dipasarkan ke pasaran Asia dan Eropah secara berperingkat pada bulan Oktober kelak. Telefon pintar ini mula dijual pada harga rasmi USD399 (RM1267).

Sumber: LENOVO

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori