Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rosmah, Rizal, Ku Nan...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil bagi...

Pengundi Pokok Sena Perlu...

POKOK SENA – Pengundi di Parlimen Pokok Sena yang disifatkan hidup umpama dalam...

Kerajaan Negeri Disaran Bina...

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri perlu turut membina rumah transit untuk gelandangan seperti...

Adakah Mendesak Peniaga Cina...

KUALA LUMPUR - Gesaan Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri...

Letak Jawatan Selepas Terima 22 Senarai Penting Dari Anak

California – Tiada siapa yang tahu kenapa pakar kewangan terkenal di dunia, Mohamed El-Erian, 56, yang juga ketua sebuah syarikat, PIMCA yang mempunyai pelaburan sebanyak $2 trilion dolar mengambil keputusan meletak jawatan.

Selain mengejutkan dunia kewangan dunia, ramai yang tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan beliau membuat keputusan tersebut sedangkan dia berjaya dalam kariernya.

Akhirnya perkara itu didedahkan oleh Mohamed selepas setahun lebih dia bersara.

Rupa-rupanya beliau berbuat demikian selepas menerima 22 senarai penting yang dikemukakan oleh anaknya yang berusia 10 tahun.

`Lebih setahun yang lalu saya telah menyuruh anak saya memberus gigi beberapa kali namun dia tidak melakukannya menyebabkan saya menjadi marah.

“Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik dan menyerahkan sekeping kertas yang mengandungi 22 perkara penting dalam hidupnya di mana saya telah terlepas.

“Ia umpama satu kejutan dan setiap kali saya terlepas perkara itu, saya sentiasa mempunyai kerja yang perlu dilakukan,’’ katanya yang mendedahkan perkara itu dalam satu esei kepada Worth.


Antara 22 perkara tersebut ialah Mohamed gagal menghantar anaknya pada hari pertama persekolahan, tidak menghadiri perlawanan bola sepak dan mesyuarat ibu bapa dan guru serta perarakan Halloween disebabkan kesibukan kerjanya.

Mohamed adalah pakar kewangan yang terkenal dan berjaya membuat pelaburan bernilai $100 juta pada 2011.

Kini, kata Mohamed, dia menggunakan masa lapang yang ada untuk bersama keluarganya dan bergilir-gilir dengan isterinya menghantar anak mereka ke sekolah.

Mohamed dilahirkan di New York dan membesar di Mesir, namun berpindah semula ke New York selepas bapanya mendapat pekerjaan dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB).

“Keinginan untuk menjadi seorang bapa yang hebat melebihi keinginan untuk menjadi pelabur yang baik,’’ katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori