Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Shah Firdaus Raih Gangsa...

KUALA LUMPUR - Pelumba sedang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat...

80% Bomba Labuan Bertugas...

LABUAN Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 89 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan akan...

AirAsia Lonjakkan Lagi Usaha...

SEPANG - AirAsia akan terus mendigitalkan lagi operasi perniagaan dan perkhidmatan sebagai sebahagian...

Wanita Putus Kaki Digilis...

GARA-GARA langgar lampu isyarat, seorang wanita menjadi mangsa apabila kakinya putus setelah digilis...

5 Bekas Tahanan ISA Kini Berada Di Syria

PETALING JAYA – Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam peperangan di Syria di mana pelbagai kumpulan itu bersaing untuk merebut kuasa.

Kelima-lima mereka merupakan bekas ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Zainuri Kamaruddin dan Rafi Udin bersama-sama dengan bekas anggota Jemaah Islamiah (JI), Samad Shukri dan Zid Saharani Mohamad Esa.

Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, antara yang turut disenaraikan.

Sumber berkata, Zainuri, Rafi dan Samad pergi ke Syria pada 18 April lalu bersama-sama dengan pejuang jihad Zainan Harith, juga dikenali sebagai Abu Turob, yang terbunuh baru-baru ini.

Terbaharu, rakyat Malaysia yang terbunuh dalam konflik itu adalah Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, dari Kedah. Dia dibunuh semasa melarikan diri dari serangan tentera kerajaan Syria pada Selasa.

“Zainan terbunuh dalam serangan di Syria dan tiga yang lain cedera parah. Pihak berkuasa percaya semua bekas tahanan ISA ini masih di Syria berjuang untuk kumpulan militan,” kata sumber berkenaan.


Difahamkan kelima-lima mereka bersama-sama Zainan, amat dipengaruhi oleh ajaran pelampau.

“Boleh dikatakan bahawa perjuangan mereka di Syria adalah hampir sama antara satu sama lain. Mereka percaya bahawa boleh melakukan hampir semua cara untuk mencapai matlamat mereka dalam membela perjuangan mereka,” kata sumber.

Di Malaysia, mereka mengadakan mesyuarat yang digelar sebagai “Usra” di lokasi secara rawak bagi mengelakkan ia daripada dikesan.

“Usra ini termasuk merancang serangan dan rompakan bagi membiayai gerakan pelampau. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan senjata dan berjuang di Syria,” kata sumber itu.

Pemantauan pihak berkuasa turut mengenal pasti pelbagai lokasi “Usra” di Lembah Klang. Antara lokasi tersebut adalah Puchong, Shah Alam dan Puncak Alam di Klang. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori