SEPANG – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, bagi menghadiri istiadat khas penghormatan jenazah MH17 hari ini.
Hari ini tiga lagi jenazah mangsa tragedi MH17, akan tiba iaitu dua penumpang Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi serta seorang kru, Shaikh Mohd Noor Mahmood. – BH Online