Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Semua Tuduhan Konspirasi, Salah...

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang beliau bukan diberi pengampunan daripada kesalahan yang...

Polis Buru Seorang Suspek...

MUAR - Polis menahan tiga lelaki dan sedang memburu seorang lagi yang disyaki...

Tomok Akui Tertekan Gambar...

PENYANYI Tomok mengakui tertekan dan terkejut setelah mengetahui gambar anaknya Arrianshah Akid dan...

Jangan Pinggirkan Bahasa Melayu...

CANBERRA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahasa Melayu mempunyai tempat sebagai bahasa...

Liverpool Terima Kejutan Tewas Kepada West Ham

LONDON – Liverpool menerima kejutan apabila tewas kepada West Ham 3-1 di laman lawan, awal pagi tadi dengan persoalan timbul sama ada mereka memiliki ramuan untuk memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Barisan didik Brendan Rodgers ketinggalan 0-2 di Upton Park dalam tempoh tujuh minit pertama dan tidak menunjukkan perwatakan untuk bangkit dan sekurang-kurangnya mencuri satu mata di gelanggang lawan.

Corak pertahanan hambar Liverpool – yang kini sudah tewas tiga kali daripada lima perlawanan liga – menyaksikan pelawat gagal menyekat tuan rumah yang mendahului 1-0 pada minit kedua hasil jaringan Winston Reid.

Kelab dari London itu menggandakan jaringan lima minit kemudian apabila penyerang dari Senegal, Diafra Sakho menyepak masuk menewaskan benteng lawan dan juga penjaga gol, Simon Mignolet.


Namun, jaringan Raheem Sterling pada minit ke-26 memberi rasa lega selepas usaha terdahulu daripada Mario Balotelli ditampan pemain pertahanan.

Pemain gantian, Morgan Amalfitano menjadikan kedudukan 3-1 untuk West Ham dua minit sebelum tamat perlawanan.

‘Kami mengerti ia satu perlawanan sukar tapi apa yang mengejutkan kami ketinggalan 2-0 sebelum kami dapat bersedia untuk bersaing di sini,” kata Rodgers. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori