Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemandu Rentung Kereta Berlanggar...

SANDAKAN - Seorang pemandu kereta rentung selepas kenderaan yang dipandunya berlanggar dengan sebuah...

Muhyiddin Sedia Lepas Jawatan

KULAI : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk melepaskan...

Jual Petronas Dan Aset...

KESAL... Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kerajaan tidak akan jual...

Kim Swee Mahu Pemain...

INCHEON - Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee mahu...

Luluh Hati Anak Saya Tidak Dapat Ke AS Dek Kebocoran Kertas UPSR

SEDIH pula rasa hati bila baca luahan seorang ibu apabila anaknya tidak dapat menyertai rombongan sekolahnya ke Amerika Syarikat kerana perlu mengulang semula peperiksaan UPSR.

Sheila Hambali, 41 , ibu kepada AlisyaSofea, pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1), Kuala Lumpur meluahkan kesedihannya kepada Astro AWANI semalam.

“Selepas mengharungi persaingan dan cabaran menewaskan hampir 70 orang pelajar, Alisya Sofea muncul juara dan berjaya merebut peluang ke Amerika Syarikat dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Aeroangkasa sekolahnya.

“Namun, pengumuman bahawa semua pelajar Tahun 6 perlu mengulang semula peperiksaaan UPSR bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini menghancur impian Alisya yang meletakkan harapan tinggi untuk menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat,” katanya.

Ini kerana, pelajar-pelajar terpilih akan berlepas ke Amerika Syarikat pada 19 September dan akan pulang ke tanah air pada 29 September, iaitu sehari sebelum hari peperiksaan ulangan tersebut.


“Saya tahu Alisya betul-betul bekerja keras untuk muncul juara demi mengejar hasratnya untuk ke Amerika Syarikat. Tetapi tarikh kepulangan selepas lawatan ke sana tidak begitu sesuai,” kata Sheila Hambali.

“Perjalanan ke AS akan merangkumi lawatan ke Smithsonian (muzium dan pusat penyelidikan), lawatan ke beberapa buah sekolah rendah dan peserta diperlukan menghadiri sebuah majlis makan malam yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Washington D.C.

“Saya telah cuba bertanya para guru sekiranya sebarang perubahan (tarikh lawatan) boleh dilakukan tetapi gagal kerana tiket penerbangan tidak boleh ditukar,” katanya.
Selain Alisya, empat lagi pelajar Tahun 6 sepatutnya dijadualkan bertolak ke Amerika Syarikat.

“Saya dia mungkin mengalami jet lag atau hilang tumpuan apabila kembali nanti. Dia mungkin juga tidak dapat berseronok ketika lawatan itu kerana risau akan peperiksaan yang perlu didudukinya,” katanya.
Bersabarlah wahai ibu dan adik Alisya. Anggaplah ini sebagai ujian. Mana tahu hikmah disebalik ini, Alisya berjaya dalam pelajaran dan dapat menyambung pelajaran ke negara Uncle Sam satu hari nanti. Kami doakan semoga berjaya…:-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori