Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Terengganu Tak Akan Jual...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan...

MCA NS Usaha Dapa...

SEREMBAN - MCA Negeri Sembilan berharap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta pihak berkaitan...

Kerajaan Tanggung Makan, Minum...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menanggung perbelanjaan makanan semua pelajar institusi pengajian tinggi...

Felda United Gagal Manfaat...

SHAH ALAM - Pasukan Felda United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri...

Mahkamah Rayuan Bebas Cif Inspektor Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA – Seorang pegawai polis hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di Presint 3 daripada pertuduhan rasuah.

Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif membenarkan rayuan Cif Inspektor Ahmad Kamar Ahmad Abbas untuk membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya dengan pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000.

Md Raus, yang bersidang bersama-sama dua hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh berkata, adalah tidak kukuh untuk mensabitkan Ahmad Kamar terhadap pertuduhan itu hanya berdasarkan keterangan seorang lagi anggota polis.

Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada 8 Ogos, 2011, mendapati Ahmad Kamar, 55, bersalah menerima rasuah RM600 sebagai dorongan untuk memulangkan peralatan karaoke kepada pemiliknya seperti diperintahkan Mahkamah Majistret Tampin, di
sebuah restoran di Tampin, Negeri Sembilan pada 28 Januari, 2008.


Pada 29 Januari, tahun lepas, Mahkamah Tinggi Seremban menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen itu.

Ahmad Kamar, yang merupakan bekas pegawai pendakwa polis di Mahkamah Majistret Tampin diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Saifuddin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori