KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang bapa dan dua anak perempuannya untuk mengetepikan sabitan terhadap pertuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Kemboja tiga tahun lepas.
Mahkamah juga menolak rayuan seorang penuntut untuk mengetepikan sabitan terhadap pertuduhan menghalang tugas penjawat awam.
Hakim Datuk Mohd. Azman Husin membuat keputusan itu terhadap Yeow Kim Bok,55, dan anaknya, Yeow Sheh Yan, 26, dan Yeow Sheh Li, 34, serta Mona Ooi Jia Yi,23, selepas meneliti rekod rayuan dan hujaan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd. Anas dan peguam Sharanjeet Kaur Sidhu yang mewakili keempat-empat tertuduh.
“Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak tersilap membuat keputusan mengenai sabitan dan hukuman. Oleh itu, rayuan perayu terhadap sabitan ditolak,”katanya.
Mohd. Azman turut membenarkan permohonan Sharanjeet bagi penangguhan
pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dengan mengekalkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. – BERNAMA