TIMBALAN Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengesahkan badan tertinggi pembuat keputusan PAS, Majlis Syura Ulama menyokong penuh kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan Wan Azizah.
Menurutnya, kenyataan Presiden PAS itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dalam mencalonkan mereka yang layak mentadbir negeri Selangor.
“Itulah penilaian dan pandangan (yang dibuat) Majlis Syura sebelum ini. Kalau dia (Wan Azizah) cukup kelayakan sudah tentulah dari awal lagi Majlis Syura sokong tanpa sebarang masalah,†katanya memetik artikel di portal berita The Rakyat Post.
Kenyataaan Haron Din di ambil di laman web PAS Pusat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan forum perdana yang membariskan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dan Ketua Dewan Ulama Wilayah Persekutuan, Ustaz Riduan Md Nor di perkarangan Dataran Surau An Nur Seksyen 3 Bangi, Selangor. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA