Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pembangkang Kucalana, Tak Bantu...

PEKAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, pihak pembangkang...

Polis Thailand Tembak Mati...

PATTANI - Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki dalam satu insiden berbalas...

Krisis MIC Tak Jejas...

IPOH - Kemelut dalaman parti MIC serta pelantikan Tan Sri M. Ramasamy sebagai...

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut,...

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditemui mati di...

Malaysia Akan Dapatkan Laporan Siasatan Awal MH17

SEPANG – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan laporan awal siasatan kotak hitam MH17 diperoleh dengan segera.

“Kita tegaskan di sini bahawa siasatan akan dijalankan walaupun laporan pra siasatan telah siap tetapi hanya akan dikemukakan oleh ketua penyiasatan Belanda. Kita belum tahu bila masanya tetapi akan dipercepatkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya KLIA, di sini.

Liow juga berkata, proses pengecaman jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 masih diteruskan.

Katanya, buat masa ini hanya satu lagi jenazah sudah dikenal pasti dan hanya menunggu urusan dokumen dan prosedur selesai sebelum dibawa pulan ke tanah air.


“Walaupun hanya satu jenazah, istiadat kita akan diteruskan…dan kita akan pastikan semua jenazah dapat balik secepat mungkin,” katanya.

Setakat ini, seramai 31 daripada 43 orang warga negara Malaysia yang terbabit dalam nahas MH17 sudah dibawa pulang ke tanah air. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori