Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pandelela Rai Tamat Pengajian...

KUALA LUMPUR - Tindakan ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan ‘terjunan’ luar biasa...

Aksi Datuk Menari Goyang...

RAKAMAN video aksi seorang datuk selamba sahaja melakukan 'goyang dumang' pada sebuah majlis...

Elak Guna Individu Tidak...

JANGAN mudah meyakini tawaran mana-mana pihak yang mendakwa mereka boleh menguruskan hal percukaian...

Bot Vietnam Tangkap Gamat,...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan warga...

Malaysia Bina Hubungan, Tidak Pilih Negara Jalin Hubungan

NEW YORK – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia tidak membuat pilihan antara Amerika Syarikat dan China untuk membangunkan hubungannya dengan kedua-dua kuasa besar itu.

Perdana menteri berkata Malaysia membina hubungan, dan bukannya memilih untuk menjalin hubungan dengan negara-negara lain.

Malaysia mempunyai prinsip sendiri apabila menyuarakan pandangannya dalam arena antarabangsa, kata Najib pada majlis jamuan malam anjurannya untuk diaspora Malaysia, di sebuah hotel di sini pada Rabu (Khamis di Malaysia).

“Kita mempunyai prinsip sendiri. Apa yang betul, kita akan kata betul. Apa yang salah, kita akan kata salah,” katanya.

Hasil hubungan baik Malaysia dengan negara-negara lain, beliau berkata 26 negara bersedia membantu Malaysia mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac, tanpa meminta ganjaran.


Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Sehingga kini pesawat itu masih belum ditemui walaupun pencarian menyeluruh digerakkan di selatan Lautan Hindi.

Najib turut memberi contoh hubungan baik yang dinikmati Malaysia dengan Amerika dan China.

Menyentuh lawatan presiden Amerika ke Malaysia, Najib berkata 48 tahun yang lepas, Presiden Amerika (Lyndon B. Johnson) melawat Malaysia yang ketika itu masih dalam era televisyen hitam putih.

Mengenang kembali lawatan Barack Obama pada April lepas, Najib berkata presiden Amerika itu meluangkan masa tiga hari dua malam di Malaysia – semua kerana hubungan dua hala yang serius antara kedua-dua negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori