Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemilik Bot Maut Selepas...

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena dua tembakan dalam kejadian di Kampung...

UK Gesa Sekatan Senjata...

LONDON - Ahli Parlimen Britain menggesa sekatan senjata lanjut dilaksanakan ke atas Myanmar...

Korban Banjir, Tanah Runtuh...

LIMA - Angka korban terkini banjir dan tanah runtuh di Peru sejak awal...

Bunuh 300 Ekor Buaya...

SEKUMPULAN penduduk sebuah kampung di wilayah Papua Barat membunuh hampir 300 ekor buaya...

Malaysia Naik Satu Anak Tangga Ranking FIFA

KUALA LUMPUR – Kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak dunia bagi September tidak terjejas sekalipun tewas 0-2 kepada Indonesia dalam aksi persahabatan di Surabaya, Indonesia, Ahad lepas.

Berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh itu meningkat ke kedudukan ke-154 dunia berbanding tempat ke-155 dunia pada Ogos.

Malaysia berada di tangga ke-154 pada Januari, 150 (Februari), 141 (Mac), 142 (April), 145 (Mei), 153 (Jun) dan ke-151 dunia pada Julai.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Korea Utara (150), Kyrgyzstan (151), Guyana (153) dan Puerto Rico yang berada pada ranking ke-157 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal berada di tangga kelima di belakang Filipina (134), Vietnam (142), Myanmar (143) dan Singapura (149).

Di peringkat Asia, Malaysia bagaimanapun naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-28 daripada 46 negara.


Juara Piala Dunia 2014, Jerman, pula mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,765 mata manakala Argentina berada di tangga kedua selepas mengutip 1,631 mata.

Wakil Amerika Selatan, Colombia yang sebelum ini berada di tangga keempat, merampas tangga ketiga daripada Belanda selepas mengumpul 1,488 mata.

Belanda turun satu anak tangga ke kedudukan keempat dengan kutipan 1,456 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FIFA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori