GEORGETOWN – Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air membuka pejabat jualan dan tiket pertama bagi kawasan utara di Lebuh Penang di sini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, pembukaan pejabat itu bagi menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan yang semakin meningkat.
“Kami ingin menjadikan urusan membeli tiket lebih mudah kepada orang ramai.
“Pejabat ini terletak di No. 73, Lebuh Pinang dan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang bagi hari Isnin hingga Jumaat dan 11 pagi hingga 4 petang pada Sabtu dan Ahad,†katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Chandran menjelaskan, Pulau Pinang adalah hub operasi yang penting buat Malindo Air.
Justeru, katanya, pembukaan pejabat jualan dan tiket di negeri itu dapat memperhebatkan lagi operasi syarikat tersebut. – mynewshub.cc