Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perhilitan Diminta Tangani Monyet...

TAIPING - Penduduk di kawasan Kampung Baru Sambungan Kamunting di sini meminta Jabatan...

Status Hubungan Malaysia-Saudi Dijelas...

KUALA LUMPUR - Satu kenyataan rasmi berhubung status sebenar hubungan Malaysia dengan Arab...

MAIPs Harap Bangunan Wakaf...

BRUSSELS – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berharap bangunan...

Kes Positif COVID-19 Global...

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 163,945,502 susulan lebih...

MANGSA TEMBAK: Mahkamah Arah PDRM Bayar Norizan RM300,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang terlibat dalam kes tembakan Norizan Salleh pada 2009 membayar ganti rugi tauladan RM200,000 dan 2 ganti rugi lain berjumlah RM100,000.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata tuntutan ganti rugi yang dikenakan adalah sebagai pengajaran kepada penjawat awam terutamanya anggota polis supaya tidak sewenang-wenangnya dalam menjalankan tugas.

Peguam yang mewakili Norizan, N Surendran berkata, ini adalah kes pertama membabitkan pihak yang ditembak polis berjaya mendapat pembelaan di mahkamah.

aQWg8

“Mahkamah menganugerahkan RM50,000 untuk kerosakan umum, penderitaan kesakitan dan lain-lain. RM50,000 lagi untuk serangan dan keganasan.


“Biaya perubatan RM18,260 dan yang terpenting mahkamah menghantar mesej jelas kepada polis untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap individu,” katanya kepada media di luar kamar mahkamah.

Norizan, 34, memfailkan tuntutan saman pada Oktober 2012 dengan menamakan kerajaan Malaysia, ketua polis daerah Sentul, ketua polis negara dan seorang pegawai polis sebagai defendan selepas mangsa tembakan polis tersebut gagal mendapat pembelaan hampir 3 tahun.

Norizan mendakwa dia menerima lima tembakan dan dalam tuntutannya menuduh pihak polis melanggar garis panduan operasi (SOP) apabila menembak dari belakang kereta dalam kejadian pada 30 Oktober 2009. – The Malaysian Insider

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori