Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anwar Dapat Sokongan Majoriti...

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti...

Para Jemaah Menuju Ke...

MAKKAH - Melihat jemaah haji lelaki mencukur rambut dan tidak lagi memakai kain...

Karyawan Dakwa Badan Kutipan...

KUALA LUMPUR - Ramai artis tidak berpuas hati dengan bayaran royalti yang mereka...

Nazri Aziz Cadang Guna...

MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan nama Bestari Jaya kurang...

“Mari Kita Ucap Terima Kasih Guru” – Idris Jusoh

KUALA LUMPUR – Jangan pandang serong kepada institusi perguruan hanya kerana beberapa guru sekolah ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bocor.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, disebalik kejadian itu majoriti cikgu dan guru adalah baik dan sememangnya kuat bekerja dan amanah.

BACA – Nik Nazmi Dakwa Malaysia Jadi Negara Polis

“Kita tidak boleh menyalahkan semua kerana ada beberapa yang disyaki dan ditangkap.

“Tidak wajar masyarakat mempunyai persepsi yang negatif terhadap cikgu dan guru yang sentiasa komited dan ikhlas dalam mendidik anak-anak kita,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris sebaliknya berkata, masyarakat perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada warga pendidik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab besar mereka.


“Marilah bersama-sama dengan saya mengucapkan terima kasih guru kepada mereka yang mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang,” katanya.

Media semalam melaporkan polis sedang melakukan siasatan mengenai kemungkinan terdapat rangkaian antara warga pendidik sekolah rendah berhubung kebocoran soalan UPSR 2014.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata, polis juga dijangka menahan lebih banyak individu untuk membantu siasatan kebocoran soalan peperiksaan tersebut.

Setakat semalam, seorang guru besar, sembilan guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori