Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perancis Gugur Beberapa Dakwaan...

PARIS - Perancis menggugurkan beberapa dakwaan terhadap penganalisis politik, Abdul Razak Baginda berhubung...

The Rock Ingin Jadi...

PELAKON dan bekas bintang gusti WWE, The Rock atau nama sebenarnya, Dwayne Johnson,...

SPRM Boleh Hilang Wibawa...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh hilang kewibawaan selepas membuat...

Pengedar Ditahan Berhampiran Tandas...

MARAN - Hasrat seorang penganggur untuk mengedar dadah di daerah ini tidak kesampaian...

Marin Tumpas Sindiket Cuba Seleweng Diesel Subsidi

BUKIT MERTAJAM – Polis Marin Pulau Pinang menumpaskan cubaan menyeleweng diesel bersubsidi selepas menahan sebuah lori di sebuah stesen minyak di Bukit Minyak di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Mohd Yusof Abdullah, berkata dalam Ops Landai itu, pasukannya memeriksa seorang pemandu yang sedang mengepam minyak di stesen berkenaan pada 6.30 petang.

“Semasa memeriksa lori itu, ditemui sebuah tangki yang telah diubah suai yang boleh mengisi sehingga 5,000 liter diesel.

“Lelaki itu ialah anggota sindiket yang aktif di negeri ini sejak beberapa bulan lepas. Ketika ditahan dia telah mengisi diesel sebanyak 3,500 liter bernilai RM9,100 ke dalam tangki,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata sindiket itu membeli diesel di beberapa stesen di sekitar Bukit Minyak dan mengumpulnya di setor sebelum menjualnya kepada industri.

Mohd Yusuf berkata pemandu lori itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang bersama kenderaan dan diesel yang dirampas. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori