Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PLUS Cadang Bina Kapsul...

PETALING JAYA - Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna...

Nahas Helikopter New York...

NEW YORK - Polis mengesahkan bahawa kesemua lima penumpang sebuah helikopter, yang terhempas...

Aeril Zafrel & Wawa...

SHAH ALAM - Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah...

Polis Perak Siap Sedia...

IPOH - Polis Perak bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya termasuk Pilihan...

Masalah Kucing Liar – Pengurusan GlenviewVilla Kurang Ajar

Permasalahan kucing liar di kawasan kondominium Glenview Villa berhampiran Kampung Baru Cheras kini menganggu kehidupan harian sebahagian penduduk di situ.

Kumpulan kucing liar berkenaan sejak beberapa bulan lalu mengotorkan kawasan kediaman dengan meninggalkan najis dan kencing yang bukan sahaja mewujudkan bau kurang menyenangkan tetapi juga menyebabkan penyakit kulit di kalangan kanak-kanak di kawasan itu.

Apa yang menyedihkan penduduk ialah pihak pengurusan tidak mahu bertindak dan bersikap lepas tangan walaupun aduan telah dibuat berulang kali.

“Ini adalah soal kebersihan dan kesihatan, pengurusan buat tidak kisah.

“Paling pun mereka cuma menyuruh tukang bersih bangunan membersihkan najis berkenaan,” katanya melalui message peribadi khas di Fan Page Mynewshub hari ini.

Yang menjadi masalah menurut pengadu ialah kadang kala jika pembersih bangunan tidak berkerja terutama di hujung minggu, maka najis haiwan berkenaan akan menjadi terlalu banyak dan terlalu lama.

“Takkan setiap hari penghuni yang perlu membersihkan laluan pejalan kaki dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Jelas beliau yang pernah tinggal di beberapa kawasan perumahan di ibu negara, pengurusan Glenview adalah yang paling buruk pernah ditemui dan digerakan oleh sekumpulan manusia yang sebenarnya bersikap biadap.

“Bila ada aduan, diaorang siap boleh tanya apa kami nak buat dan kemudian memarahi penghuni,” katanya.


Jelas beliau, pengurusan bersikap malas mahu menangkap kucing-kucing yang berkeliaran itu.

Kata pengadu, bila hal kewangan, pengurusan sangat pandai memerah duit penghuni apabila menghalang akses untuk masuk ke parkir jika tidak menjelaskan bayaran servis bulanan tetapi bagi permasalahan kucing liar mereka siap bertanya apa yang boleh dibuat.

“Nak duit pandai pulak puak-puak ni,” katanya.

Selain itu, pengadu juga kecewa kerana dalam usaha cuci tangan, pengurusan menuduh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebagai pemalas dan tidak mahu bertindak.

“Hal kucing liar berkeliaran pengurusan la selesaikan, takkan penghuni yang sibuk berkerja mencari rezeki atau MPAJ yang harus dibebankan,” katanya.

Beliau berkata, permasalahan itu telah berlanjutan sejak beberapa bulan dan sedang menimbangkan untuk mengambil langkah perundangn termasuk saman jika ia tidak diselesaikan segera.

glenview

GAMBAR: Najis kucing yang memuhi sepanjang laluan pejalan kaki semakin menjadi pemandangan yang biasa di GlenviewVilla, Cheras akibat sikap lepas tangan pihak pengurusan bangunan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori