Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rancang Program Galakkan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan sedang merancang beberapa program untuk menggalakkan rakyat pelbagai...

AMANAH Johor Sudah Lengkapkan...

JOHOR BAHRU : Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor sudah melengkapkan senarai calon membabitkan...

Gunakan Media Sosial Untuk...

KOTA KINABALU - Rakyat negara ini diminta lebih berhati-hati dan bijak menggunakan media...

Anwar Didakwa Ada 57...

DEDAH... "Layakkah Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara walhal beliau masih memiliki...

Mat Razi Calon Dinamik Dan Terbaik Teruskan Legasi

TUMPAT – Pemimpin Umno Kelantan menyifatkan calon BN bagi PRK Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail sebagai seorang yang dinamik dan paling sesuai untuk meneruskan legasi perjuangan pendahulunya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Pencalonan Mat Razi, 49, diumumkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemilihan calon itu mampu mengekalkan kemenangan BN.

“Kriteria pemilihan calon ini segar dan dinamik dan merupakan anak tempatan.

“Apa yang menariknya Ustaz Mat Razi ini merupakan seorang pengasas pondok dan bukan hanya dikenali di kalangan pengundi malah turut disenangi ahli jawatankuasa Umno bahagian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon BN itu di Pusat Operasi BN di sini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata Mat Razi merupakan calon terbaik dan disenangi ramai.

“Beliau seorang yang tiada musuh dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang politik,” katanya.


Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohammad Abdul Ghani berkata, beliau yakin calon itu mampu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna memandangkan Mat Razi merupakan salah seorang anak didik Allahyarham.

“Beliau mampu untuk menyatupadukan rakyat dan saya yakin rakyat Pengkalan Kubor ini mengenali beliau dan berharap rakyat di sini bijak memilih pemimpin yang boleh memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

PRK Dun itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian 25 September. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori