Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

21 Pekerja Asing Ditahan...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 21 warga asing termasuk tiga wanita dalam...

Macau Buru Kemenangan Kedua...

KUCHING - Selepas menang 2-1 ke atas Mongolia semalam, jurulatih Macau, ‎Tam Iao...

Kisah Pak Cik Yahya.....

TERSENTUH hati kami membaca kisah dari seorang lelaki bernama Amer Irham tentang pengalamannya bertemu...

230 Paus Terdampar Di...

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini...

Maxis Dan Astro Nafi Tuduhan Salah Laku Di India

KUALA LUMPUR – Maxis Communications Bhd (MCB) menafikan dakwaan bahawa syarikat itu memaksa pengendali telefon mudah alih India, Aircel Ltd, menjual kepentingannya pada 2006.

“MCB menyangkal dan menolak sebarang dakwaan salah laku dalam hal ini dan yakin tuduhan berkenaan tidak berasas sama sekali,” kata MCB dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Mengikut syarikat itu, MCB akan melaksanakan semua remedi undang-undang yang ada memandangkan jelas kurangnya bukti kukuh.

Syarikat juga akan mendapatkan perlindungan perjanjian pelaburan antarabangsa, katanya.

Pada Jumaat lalu, Biro Siasatan Pusat India, memfailkan dakwaan dalam kes Maxis-Aircel terhadap empat individu, termasuk pemilik Maxis, taikun T Ananda Krishnan dan eksekutif kanannya, Ralph Marshall.

Mereka telah didakwa dengan tuduhan konspirasi jenayah dan pelbagai peruntukan Akta Pencegahan Rasuah, serta mendakwa bekas Menteri Telekom India Dayanidhi Maran menggunakan pengaruhnya untuk membantu Ananda Krishnan memperoleh Aircel dengan dakwaan memaksa pemiliknya, Chinnakannan Sivasankaran.


Selain MCB, satu lagi syarikat yang dikaitkan dengan Ananda, Astro All Asia Networks Limited (AAANL) turut mengeluarkan kenyataan malam tadi menafikan salah laku dalam urusan pengambilalihan saham dalam Sun Direct TV Private Ltd pada 2007.

“Walaupun belum dimaklumkan secara rasmi sebarang tuduhan, AAANL mendapati tiada asas tuduhan terhadapnya. AAANL menafikan tuduhan itu dan menganggapnya sebagai tidak berasas,” kata syarikat itu.

Kedua-dua pelaburan dibuat secara terlus selepas memperoleh semua kelulusan berkaitan di India dan Malaysia termasuk pemegang saham AAANL, Lembaga Penggalakkan Pelaburan Asing India dan Jawatankuasa Kabinet Hal Ehwal Ekonomi.

“Dakwaan itu tidak bersandar fakta dan mempertikaikan standard tadbir urus korporat di India dan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Mengikut AAANL, ia adalah entiti berasingan dengan MCB yang mana tidak ada pemilikan saham bersilang antara kedua-duanya. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • astro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori