Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Sifatkan Aziz Tokoh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Tan...

Kad Pintar Tunggal Penting...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Kad Pintar Pelbagai Guna merupakan salah satu cabaran dihadapi...

Meninggal Dunia Ketika Dibakar...

MALANG menimpa seorang wanita apabila dia meninggal dunia akibat dibakar hidup-hidup di tempat...

1 Maut, 1 Cedera...

TELUK INTAN - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan...

Maxis Lancar Penyelesaian Perniagaan Baharu MaxisONE

KUALA LUMPUR – Maxis Bhd hari ini memperkenalkan pelan Internet semua dalam satu baharunya bagi perniagaan, penyelesaian Perniagaan  MaxisONE, khusus kepada segmen perusahaan.

Ketua Bahagian Enterpris Abraham Foss berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyumbang kira-kira 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara dan angka itu dijangka meningkat kepada 41 peratus menjelang 2020.

“Terdapat banyak potensi bagi mereka untuk berkembang dan dengan pemahaman kami mengenai pasaran PKS, yang sangat bergantung kepada pengguna, matlamat kami adalah untuk mewujudkan nilai dan menyediakan kepada mereka cara bekerja yang baharu dan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk di sini, hari ini.

Pelan Internet yang baru dilancarkan itu menawarkan masa berbual dan pesanan ringkas tanpa had serta perkhidmatan gred perniagaan yang menyediakan kepada entiti perniagaan akses pusat hubungan bagi sokongan 24 jam menerusi satu nombor tunggal.

Perniagaan MaxisONE Business juga menyediakan Internet kelajuan tinggi tanpa caj tambahan selepas melebihi kuota. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Maxis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori