Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan 2 Suspek...

REMBAU - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai aktif dalam kes...

Kempen Iklan Produk Anda...

SETELAH berjaya mempromosi lebih 200 jenama usahawan Islam pada Mei dan Jun lalu, Kempen...

Pengeluaran Getah Asli Pada...

KUALA LUMPUR - Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia pada Jun 2019 merosot 16.9...

Sekolah Beroperasi Seperti Biasa...

KOTA BHARU - Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai esok...

Mayat ‘Diusir’ Dari Kubur Selepas Cukup Tempoh

BANDAR RAYA GUATEMALA – Sebilangan mayat dari sebuah tanah perkuburan swasta di Bandaraya Guatemala di sini telah dikeluarkan dari kubur masing-masing selepas tempoh pajakan yang ditetapkan ke atas tapak persemadian mayat-mayat itu tamat tempoh, lapor portal MailOnline semalam.

Kubur-kubur itu dipecahkan oleh pekerja tanah perkuburan dengan menggunakan penukul sebelum mayat-mayat itu yang telah reput dan sebilangan menjadi seperti mumia dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam plastik serta dilabelkan.

Kebanyakan mayat-mayat yang ‘diusir’ itu terdiri daripada keluarga miskin yang tidak mampu menyediakan kubur untuk ahli keluarga mereka dan terpaksa menyewa tapak perkuburan buat sementara waktu.

Apabila tempoh pajakan tamat dan waris gagal membuat bayaran pajakan semula, mayat-mayat itu akan dibawa keluar untuk digantikan dengan mayat baharu.


“Suasana di perkuburan itu sangat menakutkan, namun ia tetap kelihatan menarik apabila melihat ada keluarga kepada si mati datang menuntut anggota keluarga mereka,” kata Jorge Dan Lopez yang telah merakamkan gambar aktiviti menggali kubur-kubur itu.

Mayat-mayat yang tidak dituntut pula akan dikebumikan di tanah perkuburan lain secara beramai-ramai. – Agensi

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori