Polis Kobe menahan seorang lelaki berusia 47 tahun semalam berikutan penemuan mayat seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun yang dikerat sebelum disumbat ke dalam beg dan ditemui di sebuah kawasan hutan di Nagata Ward, Kobe, pada petang Selasa lalu.
Memetik laporan japantoday.com, ujian DNA mengesahkan kesan mayat itu adalah Mirei Ikuta yang hilang pada 11 September lalu.
Jurucakap polis berkata, suspek yang dikenali sebagai Yasuhiro Kimino yang juga merupakan jiran mangsa. Kad pendaftaran hospital suspek ditemui dalam salah satu bahagian beg bersama dengan mayat kanak-kanak itu.
Kawasan hutan, di mana mayat kanak-kanak itu ditemui, hanya 150 meter dari tempat tinggalnya.
Polis berkata, beg itu ditemui kira-kira jam 4 petang Selasa.
“Terdapat lima beg kecil didalamnya dengan tubuh mangsa dikerat dan diletakkan berasingan. Turut menemui kepala mangsa, bahagian atas badan dengan tangan, dan kaki. Jurucakap polis berkata, beberapa bahagian badan lain masih belum dijumpai. Pakaian mangsa, beg sandang belakang serta sandal yang dipakai mangsa ketika hilang turut ditemui,”katanya.
Sebelum hilang, mangsa dipercayai meninggalkan sekolahnya di Nagata Ward jam 2.45 petang pada 11 September lalu. Dia kemudian singgah menjenguk neneknya yang tinggal berhampiran dengan sekolah.
Kamera litar tertutup di jalanan merakam visual Mirei yang berjalan pulang kerumah dan melintasi sebuah kedai serbaneka yang terletak 400 meter dari rumahnya kira-kira jam 3.15 petang. Mangsa yang pulang seketika, keluar semula tanpa pengetahuan ibunya.
Selepas kehilangan beliau dilaporkan, kira-kira 200 pegawai polis menggeledah taman, terusan dan belukar di kawasan itu namun mendapati tiada petunjuk sehingga membawa kepada penemuan beg itu kelmarin. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh :SYA