Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah...

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak...

Lelaki Pukul Dan Cucuh...

Kuala Lumpur - Seorang lelaki bersikap tidak perikemanusiaan apabila tergamak mendera dengan memukul...

Mourinho ‘Pening’ Pilih Jentera...

MANCHESTER - Jose Mourinho menimbang untuk menggandingkan Anthony Martial, Romelu Lukaku dan Marcus...

Harga Barang Terus Naik,...

KUALA LUMPUR : Harga barang dan keperluan asas terus-terusan naik sejak awal bulan...

Polis Temui Rangka Budak 5 Tahun Dipercayai Dibunuh Ibu Sendiri

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh ditemui dalam kawasan semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui selepas pemeriksaan oleh sepasukan polis di kawasan berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

pembunuhan

“Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan,” katanya, dan menambah, lelaki berusia 24 tahun itu tidak bekerja.


Mazlan berkata, hasil soal siasat yang dijalankan mendapati wanita yang tidak bekerja itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.

“Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 Sept iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.

“Berikutan panik dan enggan kejadian itu diketahui, wanita terbabit dan teman lelakinya bertindak membuang mayat kanak-kanak berkenaan di kawasan semak di Kampung Tongkang,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui mayat itu lengkap berpakaian dan dibungkus dengan selimut serta terdapat beberapa kesan gigitan pada badan kanak-kanak itu.

Polis juga sedang mengesan bapa kanak-kanak berkenaan dan difahamkan lelaki itu dalam proses bercerai dengan wanita yang ditahan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori