Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kastam Jalin Kerjasama Bistari...

TAWAU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuka ruang untuk menjalin kerjasama bestari dengan...

Ibu Tunggal Dijel 2...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di...

1MDB: Rafizi Kantoi Dedah...

KANTOI... Dalam keghairahan untuk 'bongkar itu dan bongkar ini, 'Raja Bongkar' pembangkang popular,...

Mengaku Islam, Bella Hadid...

DIBESARKAN di Amerika Syarikat, Bella Hadid yang bercampuran Palestin di sebelah bapanya, Mohamed...

Mayat Pelajar Lemas Di Cherating Isnin Lepas Ditemui

KUANTAN – Mayat seorang pelajar lelaki sebuah kolej di Kemaman, Terengganu, Muhammad Aiman Abd Khalid, 19, yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama rakan di pantai peranginan Cherating, dekat sini Isnin lepas, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Muhammad Aiman ditemui di persisiran Pantai Teluk Mok Nik, Kemaman kira-kira 10.30 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk proses pengecaman oleh keluarga dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan penemuan mayat mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilancarkan sejak Isnin lepas, dihentikan serta-merta.


Dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Aiman pelajar Kolej Ranako, Kemaman hilang ketika sedang mandi-manda bersama tujuh rakannya di pantai berkenaan.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat pada 6.47 petang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori