Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Britain Akan Larang Jual...

LONDON - Kerajaan Britain hari ini, dijangka mengumumkan keputusan untuk larang penjualan semua...

Wany Terkejut Mahu ‘Dilamar’...

PENYANYI Wany Hasrita terkejut apabila penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah meluahkan hasrat untuk...

MOF Nafi Dakwaan Aset...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang...

Bayi Perempuan Ditinggalkan Di...

HULU SELANGOR - Seorang peniaga menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di atas sofa...

Melaka Cadang Tanam Pokok Kurma Sebagai Hasil Asas Tani

Kerajaan negeri Melaka berhasrat menanam pokok kurma di setiap masjid di negeri itu bagi menghasilkan lebih banyak produk asas tani bagi pasaran tempatan dan luar negara.

EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, usaha dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Melaka itu juga sebagai nilai tambah kepada produk asas tani negeri itu. Ini termasuklah seperti produk minuman madu dan pes asam pedas yang dipasarkan termasuk di Agrobazar Singapura.

“Sekiranya usaha tanaman kurma ini berjaya, hasilnya akan kita petik dan pasarkan di pasar tani kita atau kita hasilkan produk dan pasarkan di luar negara seperti di Agrobazar Singapura,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Karnival Pasar Tani Negeri Melaka di Jasin, di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini produk asas tani seperti buah-buahan dan makanan ringan mendapat permintaan yang tinggi serta sambutan menggalakkan di Singapura.

Katanya petani dan usahawan tani di Melaka perlu merebut peluang memasarkan produk tani mereka ke pasaran global sekali gus menghasilkan pulangan yang lumayan.

Sementara itu, Pengarah FAMA Melaka, Mohd Nawi Othman, berkata pihaknya menyasarkan kutipan jualan sehingga RM20 juta di pasar tani seluruh negeri Melaka tahun ini berbanding RM18.2 juta tahun lalu.


Beliau berkata, sejak Januari hingga Ogos lalu sebanyak RM13.2 juta dikutip di 19 tapak pasar tani di seluruh negeri itu membabitkan 455 peniaga.

“Bagi mencapai sasaran ini, pelbagai aktiviti dirancang bagi menarik kunjungan orang ramai antaranya program jimat belanja dapur yang memberi tumpuan kepada barangan mentah seperti ayam, daging dan ikan,” katanya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh : SYA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori