Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

882,811 Penumpang Guna Lapangan...

SANDAKAN - Bilangan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Sandakan pada tahun lepas adalah...

3,000 Pemilik LPS Perak...

IPOH - Lebih 3,000 keluarga yang memiliki Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di Perak...

Dua Maut Berbalas Tembakan...

Dua lelaki disyaki penjenayah ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Jalan...

Tiba Masanya Masalah Buli...

PUTRAJAYA - Tindakan buli pada masa kini tidak sekadar perbuatan memukul, sebaliknya mangsa...

Mengapa Ada Ramai Tentera AS Di Kelantan, Terengganu?

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan meminta orang ramai terutama di Terengganu dan Kelantan tidak berasa gusar dengan kehadiran anggota tentera dari United States Army Pacific Command (USARPAC), Hawaii di negeri berkenaan.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan menjelaskan, kehadiran anggota Amerika Syarikat (AS) tentera terbabit semata-mata bagi menjalani latihan bersama dengan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dinamakan sebagai Eksesais Keris Strike Siri 18/14.

“Eksesais ini dilangsungkan mulai 13 hingga 26 September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.

“Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen. Pada tahun ini ia dilaksanakan berorientasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir,” jelas kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, tujuan utama eksesais bilateral itu bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Selain itu, eksesais itu mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan kedua-dua negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antara pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.

“Dengan penjelasan ini diharap dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran kehadiran tentera AS seperti yang dilaporkan di kebanyakan media sosial tempatan,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

**GAMBAR utama di atas adalah untuk latihan pada tahun lepas dan bukannya yang sedang berlangsung kini.

United_States_Pacific_Command

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori