Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sanggup Sewa Kren Demi...

MESKIPUN dihalang masuk ke dalam stadium, seorang peminat bola sepak di Ankara, Turki tetap...

Hanya RM2 Juta Dikutip,...

KUALA LUMPUR – Hanya RM2 juta bayaran saman tertunggak pesalah trafik Dewan Bandaraya...

K’jaan P.Pinang Perjelas Percanggahan...

GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini meminta kerajaan negeri...

Tun Ahmad Sarji Dilantik...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilantik...

Menu Dari Belut, Jadi Tumpuan PRK Pengkalan Kubor

TUMPAT (Kelantan) – Bagi para petugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, selain Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk yang menjadi juadah istimewa di sini, ramai juga sudah menikmati pengalaman baru memakan hidangan berasaskan belut.

Di seluruh kawasan DUN Pengkalan Kubor terdapat banyak hidangan belut yang boleh dinikmati mereka yang berada di Pengkalan Kubor.

Jika ditanya bagaimana rasanya, ia sebenarnya rasa seperti daging Ikan Keli dan rupanya juga lebih kurang sama.

Antara kedai yang menjadi tumpuan ialah Kedai Jak dan Yah yang terletak di tepi jalan raya di hadapan Pusat Kediaman Kastam Diraja Malaysia di Pengkalan Kubor ini yang menyediakan hidangan belut.

Menurut seorang pengendali kedai yang tidak mahu dikenali, belut memang popular di Pengkalan Kubor dan orang ramai boleh membelinya di pasar petang di sekitar kawasan itu.

“Belut yang dipotong dan kemudian dimasak tak sedap, jika molek belut yang masih hidup dipotong dan dimasak baru rasanya sedap,” katanya kepada Mynewshub.cc.

Belut_2 Belut_3

Beliau berkata kedainya menyediakan Sup Belut dan juga pelbagai lagi hidangan lain antaranya Belut Goreng, Maggi Belut dan juga belut boleh dimasak kukus seperti hidangan kebanyakan ikan.


Harga belut jika mahu dibeli ialah kira-kira RM20 sekilogram di Pengkalan Kubor dan sumber bekalan belut didapati dari sawah yang banyak terdapat di kawasan itu.

Kedai Jak dan Yah menjadi tumpuan anggota polis dan petugas lain sepanjang PRK itu.

Biarpun enggan dikenali, tidaklah bermaksud pengendali Kedai Jak dan Yah itu tidak melayan pengunjung dengan baik malahan dia yang paling peramah serta mengajar bagaimana cara untuk menikmati menu makanan oghe Kelate dengan baik sekali.

Kebanyakan petugas yang mungkin datang dari luar Kelantan ada yang memang mahu mencari hidangan belut ini yang dikatakan begitu sedap dan mereka mahu mencubanya kerana belum pernah merasa.

PRK DUN Pengkalan Kubor dengan kod N01 diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pada 20 Ogos lepas.

Pertandigan di DUN itu menyaksikan calon dari tiga penjuru iaitu Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori