SEORANG lelaki ditangkap selepas bekas teman wanitanya menuduh dia memasak anjing kesayangannya dan menyajikan kepadanya.
Memetik laporan CNN, Ryan Watenpaugh, 34, ditangkap Khamis lalu atas tuduhan menzalimi haiwan dan menyerang di Palo Cedro, California.
Bekas teman wanitanya memberitahu polis, Watenpaugh berulang kali memukulnya ketika mereka berpacaran
Apabila kembali semula, dia mendapati anjing kesayangannya baka Pomeranian, ‘Bear’ hilang.
Polis berkata, pasangan itu berbaik semula minggu lalu dan Watenpaugh memasakkan wanita berkenaan.
Dia memakannya kerana menyangka ia makanan biasa.
Bagaimanapun, dia kemudian memberitahu polis, Watenpaugh menghantar mesej kepadanya bertanyakan bagaimana rasa anjing itu.
Selasa lalu, wanita itu melihat lelaki berkenaan meletakkan sesuatu di depan rumahnya Apabila keluar, dia melihat dua kaki anjing di muka pintunya.
Polis berkata, Watenpaugh menafi membunuh atau memasak anjing itu.
Ketika menyerbu kediaman lelaki itu, polis turut menemui raifal AK-47 dan sejumlah peluru.
Dia akan didakwa atas tuduhan menzalimi haiwan, keganasan rumah tangga dan menahan seseorang tanpa kebenaran. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: CRIMEBUSTERZ