Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut, Rakan Parah...

KENINGAU - Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang mereka...

2 ADUN PH Sertai...

KOTA KINABALU: Dua ADUN Pakatan Harapan (PH) hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri...

Muhamad Ziyad Raih Emas...

KUALA LUMPUR – Jaguh dunia, Muhamad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas acara lontar...

Abu Sayyaf Tangguh Penggal...

KOTA KINABALU - Pengusaha ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun diberi tempoh selama...

MH 17 : Dua Lagi Jenazah Rakyat Malaysia Tiba Pagi Tadi

JENAZAH dua lagi rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.28 pagi tadi, memetik laporan BH Online.

Kumpulan keempat jenazah itu tiba menerusi penerbangan MH19 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda membawa Tambi Jiee, 49, dan Benjamin Lee Jian Han, 1.

Keranda Tambi dan Benjamin ditutupi dengan bendera Jalur Gemilang diturunkan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) tepat jam 8.35 pagi.  Jenazah diiringi lapan anggota pengiring Tentera Diraja Malaysia yang lengkap berseragam putih ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan sambil disaksikan dengan perasaan sebak oleh ahli keluarga mangsa.

Selesai majlis penghormatan terakhir, tempoh bertafakur selama seminit diumumkan serentak di seluruh negara tepat jam 8.44 pagi. Tetamu yang berada di landasan Kompleks Bunga Raya juga turut tunduk bertafakur mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Jenazah Tambi kemudian diterbangkan ke Kuching, Sarawak dengan pesawat TUDM C130, manakala mayat Benjamin akan dibawa ke Pusat Penjagaan Xiao En di Cheras.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir menyambut ketibaan jenazah pada Istiadat Penghormatan Penerimaan Jenazah Tragedi MH17 itu .

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai serta beberapa menteri Kabinet dan ahli keluarga mangsa.


Dengan penerimaan kedua-dua mayat mangsa MH17 berkenaan, seramai 35 mangsa MH17 telah berjaya dibawa pulang termasuk dua warga Belanda (Paul Goes dan Fan Shun Po).

Sehingga kini, seramai 199 penumpang MH17 sudah dikenal pasti, dengan 99 mangsa masih dalam proses pengecaman. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori