Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Sarawak Rampas...

KUCHING - Polis Marin merampas 80,000 liter minyak diesel bernilai kira-kira RM554,000 di...

Mira Filzah Akui Masih...

PELAKON kecil molek Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, memberitahu...

Tuan Ibrahim Gesa PAS...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi gesaan...

1MDB Langsung Bukan Pihak...

ADALAH penting bagi rakyat Malaysia untuk tidak dipengaruhi oleh kenyataan yang dibuat oleh...

MH17: Malaysia Mahu Penglibatan Pasukan Pengaman PBB

BENTONG – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman bagi membolehkan pasukan penyiasat dapat memasuki lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dengan segera.

Katanya kehadiran pasukan pengaman PBB di lokasi nahas boleh memastikan pihak berkuasa Ukraine dan kumpulan pemisah yang sedang bertelagah di kawasan itu mengotakan janji termasuk gencatan senjata yang dipersetujui mereka sebelum ini.

“Pasukan penyiasat antarabangsa termasuk Malaysia masih gagal memasuki kawasan nahas MH17 di timur Ukraine berikutan keadaan masih tidak selamat.

“Kita akan meminta PBB segera bertindak supaya siasatan kes itu dapat dilaksanakan, kita kesal sikap kerajaan Ukraine yang masih belum dapat menunaikan janji untuk pasukan penyiasat memasuki kawasan itu dengan selamat walaupun pelbagai usaha dan rundingan sudah dilakukan termasuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Liow yang juga Anggota Parlimen Bentong berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Bentong Bestari di Taman Rekreasi Sungai Marong, di sini hari ini.

Menurut Liow, tragedi pesawat MH17 adalah isu dunia membabitkan banyak negara dan semua pihak sepatutnya memandang serius perkara itu.


“Perdana Menteri sudah berusaha bersungguh-sungguh termasuk bertemu dan berbincang dengan pelbagai pemimpin dunia dan menyuarakan perkara ini di PBB.

“Kini sudah tiba masanya PBB mengambil tindakan, bukan setakat menerusi perbincangan sahaja,” katanya.

Mengenai dua lagi mangsa rakyat Malaysia dalam nahas itu yang belum dikenal pasti iaitu Siti Amirah Prawira Kusuma, 83, dan Sherliza Zaini, 45, Liow berkata usaha menganalisis dan pengecaman mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum di Belanda masih belum selesai.

Sehubungan itu, beliau berharap dua rakyat Malaysia itu dapat dikenal pasti selepas semua urusan pengecaman mayat selesai nanti.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori