Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Warga Indonesia Maut Dalam...

KUANTAN Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah rumah...

Pelajar Rugi RM110,000 Ditipu...

KUCHING – Seorang pelajar menanggung kerugian RM 110,000 selepas terpedaya dengan panggilan anggota...

Imigresen Selangor Tahan 169...

SHAH ALAM - Seramai 169 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu...

Ranking Jatuh: FAM Rayu...

PUJUK... Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggesa Tunku Ismail Sultan...

MH17: Tiga Jenazah Tiba Jumaat Ini

PETALING JAYA – Tiga lagi jenazah mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 akan tiba di tanah air pada pagi Jumaat, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, jenazah itu akan tiba pada kira-kira pukul 8.30 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ini akan menjadi ketibaan kelima bagi jenazah (mangsa MH19) yang dibawa pulang ke Malaysia.

“Kita akan melakukan istiadat penghormatan seperti ketibaan-ketibaan lain sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Liow berkata, penerbangan dari Belanda itu akan membawa pulang jenazah Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi, anak kepada Tambi Jiee yang turut terlibat dalam nahas, dan seorang anak kapal, Shaikh Mohd Noor Mahmood.


“Pakar forensik di Belanda turut mengenal pasti mayat Liew Yau Chee, Tan Siew Poh, Meling anak Mula, Metthew Ezekial Sivagnanam dan Lee Kiah Yeen.

“Pihak berkuasa Belanda masih belum mengumumkan mengenai penghantaran pulang jenazah-jenazah ini,” katanya.

Liow, yang juga Presiden MCA berkata, setakat ini, sejumlah 224 penumpang MH17 telah dikenal pasti, dengan 74 mangsa masih dalam proses pengecaman.

“Daripada 44 rakyat Malaysia yang menaiki MH17, 41 melibatkan 26 penumpang dan 15 anak kapal telah dikenal pasti,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori