Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kit Ujian Kendiri COVID-19...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga...

Pesawat MAB Buat Pendaratan...

JEDDAH - Satu video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial tempatan di...

Punca Sebenar Annuar Tarik...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa menjelaskan antara sebab beliau menarik diri...

Ainaa Amanda Shahzali Dapat...

SIAPA sangka video luahan sedih adik Ainaa Amanda Shahzali yang diejek oleh rakan-rakan kerana...

MH198 Ke Hyderabad Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal

KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH198 yang berlepas ke Hyderabad, India pada 10.20 malam tadi terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal.

Pesawat Boeing 737 itu mendarat di KLIA pada 2.01 pagi tadi tanpa sebarang insiden.

Menurut kenyataan MAS pagi ini, kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kapten penerbangan mengambil keputusan untuk berpatah balik.

“Sejurus tiba, penumpang dan kru keluar dengan selamat dan diberi penginapan di hotel berhampiran,” menurut kenyataan itu.


Penerbangan MH198 sudah dijadualkan semula sebagai MH198D dan akan berlepas pada 12 tengah hari nanti dan dijangka tiba di Hyderabad pada 1.35 petang waktu tempatan.

“Malaysia Airlines kesal dengan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang tetapi keselamatan penumpang adalah keutamaan syarikat,” menurut kenyataan itu. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori