Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Penduduk Perlis Sedia Hadapi...

KUALA PERLIS - Penghuni di lebih 4,000 rumah di muara sungai dan sepanjang...

Lebih 47,000 PATI Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 47,968 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di seluruh...

Terbaik! Lenovo Vibe P1...

LENOVO nampaknya telah menggorak langkah di mana baru-baru ini mereka memperkenalkan salah satu...

Kaka Azraff Mahu Fokus...

WALAUPUN ramai artis yang ceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan, penyanyi Kaka Azraff...

M’sia Bersedia Muncul Destinasi Pilihan Pelancong Turki

ISTANBUL – Malaysia bersedia untuk muncul sebagai destinasi pilihan pelancong Turki berikutan pakej menarik dengan harga berpatutan untuk percutian yang ditawarkannya, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, Malaysia menerima kunjungan 12,775 pelancong Turki tahun lepas, dan berikutan pembukaan Pejabat Pelancongan Malaysia di Istanbul pada tahun sama, jumlah pelawat dari Januari hingga Mei tahun ini meningkat 62 peratus.

“Dengan kadar pertukaran wang asing yang baik, anda juga akan mendapati Malaysia sebuah destinasi yang berbaloi dikunjungi. Kadar hotel, makanan dan minuman kami, dan pilihan percutian gaya hidup yang lain adalah antara yang berharga paling rendah namun berkualiti tertinggi.

“Saya juga berani mengatakan bahawa di Malaysia, kemewahan mampu dinikmati,” kata beliau ketika berucap pada majlis minum petang bersama pengusaha pelancongan Turki dan media di Clarion Hotel and Suite di sini, Khamis.

Mohamed Nazri kini berada di Turki bersempena pembukaan Minggu Kebudayaan Malaysia esok, satu acara yang bertujuan mempromosikan Malaysia dan mengetengahkan lagi budaya Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.


Dalam ucapannya itu, Mohamed Nazri menyatakan bahawa kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 menyasarkan kunjungan kira-kira 28 juta pelawat dan 13,000 daripadanya adalah pelancong Turki.

“Kesalinghubungan antara kedua-dua negara juga menunjukkan peningkatan yang besar dengan 36 penerbangan mingguan menggunakan laluan Istanbul-Kuala Lumpur, kedua-duanya melalui penerbangan langsung dan tidak langsung dengan pesawat Turkish Airlines, Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Emirates Airlines dan Qatar Airways.

“Dengan hadirnya kami di sini, kami berharap untuk melihat lebih banyak penerbangan terus dari sini yang akan memberikan lebih banyak pilihan dari segi laluan udara kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori