Mahkamah Sesyen mendapati bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang @ Talib, 24, bersalah atas kesalahan menghasut dalam satu ucapan yang diberikan olehnya pada 13 Mei tahun lalu.
Hakim Norsharidah Awang mendapati Muhammad Safwan bersalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas berpuas hati bahawa kandungan ucapannya itu mengandungi elemen menghasut.
“Mahkamah berpuas hati perkatan-perkataan tertuduh mempunyai kecenderungan menghasut.
“Mahkamah mendapati tertuduh bersalah,” kata Hakim Norsharidah sewaktu membacakan penghakimannya memetik laporan portal Malaysiakini hari ini.
Muhammad Safawa dituduh menyampaikan ucapan dengan mengandungi unsur hasutan menggalakkan orang ramai untuk menukar kerajaan yang dibentuk melalui undang-undang dengan cara yang tidak betul.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di ibu negara. – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K