Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mahu Balas Jasa, Wany...

SELEPAS 14 hidup berseorangan, penyanyi Wany Hasrita reda jika ibunya, Norita Jaafar bertemu...

Presiden MCA Tawar Letak...

MESKIPUN Perdana Menteri sudah menjelaskan bahawa usul persendirian Presiden PAS di Dewan Rakyat...

Bot Karam: Seorang Dikhuatiri...

KUALA NERUS - Seorang lelaki dikhuatiri hilang manakala rakannya terselamat selepas bot gentian...

80,436 Pelancong Kunjungi Langkawi...

LANGKAWI: Seramai 80,436 pelancong mengunjungi pulau peranginan ini sempena cuti Aidilfitri bermula 28...

Najib Hos Makan Tengah Hari Untuk PM Australia Di Seri Perdana

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan jamuan tengah hari meraikan Perdana Menteri Australia Tony Abbott di kediaman rasminya, Seri Perdana, di sini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tong Lai, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Dalam ucapannya, Najib berkata, dua tragedi MH370 dan MH17 telah memperkukuh lagi hubungan antara kedua-dua negara yang telah wujud sejak sekian lama.

“Walaupun tahun ini berdepan dengan dua tragedi, namun secara yang cukup ironik telah mendekatkan lagi kedua-dua negara kita, dan tentunya juga hubungan saya dengan Perdana Menteri Tony.

“Saya amat berterima kasih atas komitmen beliau yang tinggi dan sokongan beliau cukup mengagumkan untuk kita mengatasi tragedi MH370 dan MH17,” kata Najib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori