KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini petang ini untuk lawatan kerja di Terengganu.
Ketibaan Najib dengan pesawat khas pada 2 petang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini disambut Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai kerajaan pusat dan negeri.
Sejurus itu, perdana menteri dibawa ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan Hospital Pengajar universiti itu.
Selepas itu, Najib akan Pulau Duyong untuk menghadiri mesyuarat dan taklimat Barisan Nasional (BN) Terengganu sebelum berlepas pulang ke ibu negara. – BERNAMA