Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

SKMM Sekat Laman Sesawang...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat mana-mana laman sesawang yang...

Pesawat Terhempas, Kanak-Kanak Redah...

TAK dapat dibayangkan betapa kuatnya semangat Sailor Gutzler, 7, yang berjalan sejauh tiga setengah...

Sisa Toksik: Hospital Nafi...

JOHOR BAHRU - Kenyataan mengenai pengisytiharan amaran 'red alert' yang tular di laman Facebook...

Khabar Angin Limousin Ini...

JOHOR BAHRU - Gambar limousin Hummer berwarna kuning milik keluarga diraja Johor, yang...

Najib Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Calon UPSR

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Selasa depan.

Perdana menteri cuba mengusik guru dan ibu bapa dengan berkata: “Saya rasa ibu bapa dan guru-guru lebih gemuruh berbanding pelajar yang akan duduki UPSR minggu depan!”

“Insya-Allah semua berjaya,” kata Najib dalam catatan terbaharu Twitter beliau.

Sebanyak 473,175 calon mendaftar untuk menduduki UPSR dari 9 hingga 11 September ini.


Menurut Lembaga Peperiksaan, daripada jumlah itu 463,937 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala baki 9,238 adalah calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,299 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara bagi peperiksaan itu dan 51,438 petugas dilantik untuk memastikan ia berjalan lancar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori