Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Najib Minta KJ Jangan...

Dari Facebook Najib RazakSENSITIP betul, Menteri ini.Rakyat Malaysia dan saya mempersoalkan kadar vaksinasi...

Penduduk Malaysia Dianggarkan 32.6...

PUTRAJAYA - Penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang, meningkat daripada...

Buat Peminjam Tegar PTPTN,...

Dalam masa kurang dua minggu dari sekarang, 173,985 peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan...

Negara Berdebar Tunggu Berita...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia menunggu dengan penuh debaran pagi Jumaat ini terhadap...

Negara Pesisir Lautan Hindi Lebih Bersedia Hadapi Tsunami

NEW YORK – Simulasi tsunami yang diberi nama ‘Latih Amal Indian Ocean Wave 2014 (IOWave14) yang dilakukan dalam kalangan 24 negara termasuk Malaysia mendapati negara-negara berkenaan lebih bersedia menghadapi kemungkinan berlaku tsunami sekali lagi.

Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudyaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, berkata ujian latihan itu dilakukan pada 9 dan 10 September lalu.

Beliau berkata, PBB telah membentuk sistem amaran untuk menilai aliran komunikasi dan kesediaan di wilayah Lautan Hindi dan ia didapati berfungsi dengan berkesan.

“Sistem itu adalah pencapaian besar dalam kerjasama saintifik global dan mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Hampir suku juta nyawa terkorban semasa kejadian tsunami di 12 negara di lingkaran Lautan Hindi sedekad lalu.


Bokova berkata, laporan susulan yang mengandungi butiran terperinci penilaian latihan akan diterbitkan November ini.

IOWave14 menggunakan dua senario iaitu berdasarkan gempa bumi berskala 9.1 di selatan Jawa, Indonesia pada 9 September dan gempa berskala 9.0 di Makran Trench, selatan Iran dan Pakistan.

Kedua-dua gempa itu boleh mendatangkan ancaman tsunami di Lautan Hindi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori