Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

M’sia-Ukraine Setuju Tubuh Suruhanjaya...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Ukraine bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan suruhanjaya perdagangan bersama bagi...

Saya Syak Akan Ditahan...

KUALA LUMPUR - Pakar propaganda, Rafizi Ramli mendakwa beliau dan Pengerusi DAP Selangor,...

Jenazah Tun Suhailah Akan...

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Tun Suhailah Mohammad Noah akan dikebumikan di Makam...

Zlatan Sedia Bersama United...

ZLATAN Ibrahimovic bersedia untuk kembali ke Manchester United dalam masa 24 jam. Penyerang itu...

3 GAMBAR: Ni Makan Dia!! Penipu Gores & Menang Kena Belasah

Kisah sindiket gores dan menang menipu rakyat Malaysia ni bukan sehari dua tapi dah bertahun-tahun berlaku.

Walaupun ramai yang putih mata tertipu bila barang dijanjikan jauh lebih murah daripada nilai wang dikeluarkan atau ada tu memang tak dapat apa pun lepas dah bagi duit, masih ada saja mangsa baru berjaya diperdaya sindiket ini.

BACA >> Digertak 15 Konco Gores Dan Menang

Tapi mungkin sebab dah selalu disiarkan media kes-kes macam ini, masyarakat akhirnya mula sedar dan waspada hingga penipu dengan modus operandi gores dan menang makin susah cari makan.

BACA>> 3 Parah Ditetak Angkara Sindiket Gores & Menang

Kesannya, anggota sindiket ini mula mengalih perhatian pada mangsa yang lebih mudah ditipu terutama warga emas.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Seorang lelaki yang cuba menipu seorang warga emas di Kelantan Khamis lalu, dibelasah oleh waris mangsa yang cuba ditipunya sampai terkoyak pakaian sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Gambar penipu tersebut selepas dibelasah kini tersebar di laman siber.


gores dn menang kb1 (2)

gores dn menang kb2

Maka kepada para penipu gores dan menang di luar sana sila ambil perhatian – jika selama ini cuma peragut dan perompak biasanya dibelasah orang ramai yang berang dengan perbuatan jahat mereka kini anda pun mungkin mendapat akibat sama kalau tertangkap.

Jadi hentikanlah buat kerja menipu orang tu, banyak lagi cara lain untuk cari duit halal.

– REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori