Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU15: PH Ambil Tindakan...

PRU15 : PH Ambil Tindakan Isu 'Undi PH Dan BN Masuk Neraka'PETALING JAYA...

Tanya Mahathir Mengapa Kadar...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Kes Seleweng Di Sabah:...

KOTA KINABALU - Tempoh tahanan reman bagi empat individu termasuk pengarah dan timbalan...

Kes Jong-nam: 16 Jun...

KUALA LUMPUR - Kes dua wanita asing yang dituduh membunuh Kim Chol atau...

Nicol Tak Pandang Rendah Lawannya Pada Sukan Asia 2014

PUTRAJAYA – Biarpun menjadi pemain pilihan untuk mempertahankan pingat emasnya namun ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David tidak memandang mudah lawannya pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan, bermula 19 Sept ini.

Pemain nombor satu dunia, yang memburu pingat emas keempat bagi dirinya pada siri temasya itu, berkata beliau berwaspada dengan kehadiran beberapa pemain yang boleh menggugat kedudukannya seperti bekas juara Sukan Asia 2012, Misaki Kobayashi dari Jepun, Annie Au dari Hong Kong dan beberapa pemain dari India dan Pakistan.

“Persediaan saya ke Sukan Asia bermula sebelum Sukan Komanwel lepas. Saya dan rakan sepasukan diberi masa untuk membuat persediaan. Setakat ini, saya berada dalam keadaan yang amat baik untuk menghadapi temasya ini,” katanya.

Nicol berkata demikan kepada pemberita selepas menjadi salah seorang anggota panel dalam ceramah motivasi bagi kontinjen Sukan Asia negara, anjuran Majlis Sukan Negara (MSN), di sini hari ini.

Anggota panel lain ialah bekas jaguh karate negara R. Puvaneswaran dan ratu boling negara, Shalin Zulkifli.

Nicol juga optimis bahawa skuad wanita dengan kehadiran pemain seperti pemain nombor dua negara Low Wee Wern dan pemain remaja, Vanessa Raj, mampu mempertahankan pingat emas acara berpasukan.


“Kita mempunyai sebuah pasukan yang mantap seperti empat tahun lepas…lebih-lebih lagi bermain sebagai satu pasukan sebelum ini pada Kejohanan Berpasukan Wanita Asia awal tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu turut meluahkan perasaan gembiranya selepas dilantik buat pertama kali sebagai pembawa ‘Jalur Gemilang’ pada temasya sukan itu.

“Ini merupakan satu penghormatan bagi diri saya dan sudah tentu menjadi detik paling penting dalam karier saya,” katanya.

Sebagai rekod, Nicol merangkul pingat emas acara individu pada Sukan Asia sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1998 di Bangkok, 2002 di Doha dan edisi lepas di Guangzhou, China pada 2010. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori