Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rasuah: Reman Koperal, Pemandu...

PUTRAJAYA - Tempoh reman seorang polis berpangkat Koperal dan seorang pemandu van dilanjutkan...

Kerajaan Lulus Bangunan Tambahan...

SEGAMAT - Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90.5 juta bagi...

Rakyat Perlis Dilarang Buat...

KUALA PERLIS - Penduduk di negeri ini termasuk petani dilarang melakukan pembakaran terbuka...

Rela ‘Mengemis’ Demi Gaun...

SEKUMPULAN wanita di Perth, Australia sanggup berkhemah di hadapan sebuah butik pengantin semata-mata...

Nik Aziz Mohon Doa Agar ‘Potong Lidah, Butakan Mata’ UMNO

KISAH doa pelik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz terhadap Umno bukan cerita baru.

Jika sebelum ini beliau meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab dimusnahkan, malam semalam beliau memohon pula kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah menyokong partinya.

Dakwa Mursyidul Am PAS itu, beliau memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.

“Kepada orang ni, kita doa biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya Allah,” kata bekas menteri besar Kelantan yang mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=Gvrq5ARP_78]


Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin. Beliau sebelum itu dalam ucapannya berkata, PAS melawan Umno kerana parti Islam itu mengambil berat akan hal-hal kerohanian seperti ganjaran daripada Allah dan memasuki syurga.

Musykil sungguh la, kenapa Nik Aziz tak mohon doa agar semua Umat Islam ini bersatu padu tak kira dari mana-mana parti politik pun, dari mengaminkan doa yang hanya terus menerus memecah belahkan perpaduan. Bukankah itu lagi molek? Sama-sama kita menilainya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori