Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Industri Automotif Perlu Tingkat...

KUALA LUMPUR - Peserta industri automotif negara perlu meningkatkan keupayaan daya saing, khususnya...

UMNO, BN Realiasasikan Kebangkitan...

PUTRAJAYA - UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya merealisasikan kebangkitan bangsa Melayu yang...

Indonesia Buat Pembenihan Awan...

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan...

Iran Haramkan Gaya Rambut...

KERAJAAN Iran mengetatkan lagi undang-undang dibawah akta anti barat dengan mengharamkan rakyatnya memotong...

Nik Nazmi Dakwa Malaysia Jadi Negara Polis!

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membidas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara ke atas aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, keputusan tersebut yang dibuat di bawah Akta Hasutan 1948 adalah sesuatu keputusan yang mengejutkan dan mengambarkan kerakusan untuk menyekat pandangan kritis dalam kalangan rakyat.

“Keputusan ini menggambarkan kerakusan kerajaan untuk menyekat segala bentuk pandangan kritis yang selari dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan sepatutnya diterima di bawah mana-mana sistem demokrasi.

“Trend terbaru menunjukkan semakin hari Malaysia semakin menjadi negara polis,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi bagaimanapun mendakwa pihak terbabit tersilap jika berfikir pendakwaan besar-besaran di bawah Akta Hasutan itu dapat menakut-nakutkan rakyat.


Dakwanya, rakyat pelbagai lapisan dan latar belakang bersatu menolak undang-undang ini dan akan terus bergerak sehingga undang-undang itu dimansuhkan.

Media hari ini melaporkan Adam Adli dihukum penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pemuda itu dikenakan hukuman itu diatas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, Mei tahun lalu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori