Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ingin Jaga Reputasi, Punca...

TAWARAN hadiah lumayan mencecah separuh juta dan meraih perhatian peminat, siapa mahu menolak apabila...

Gangguan Air Di Jempol,...

SEREMBAN - Sebahagian kawasan Jempol dan Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air...

Penghantar Barang Panik, Cari...

Harapnya pemilik barang ini tidak menuntut barangnya.Sebenarnya siapa yang pesan barang ini? Seorang...

Sering Lakukan Jenayah, Bapa...

IPOH - Prosiding di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini kecoh apabila seorang...

Nita Hamzah Temui Cinta Baru, Segan Cerita Lebih-Lebih

LAMA sungguh kita tidak mendengar perkhabaran baru mengenai naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah, 33.

Kalau ada pun, sewaktu dia sedang hangat bercinta dengan Zahid AF sebelum kedua-duanya memilih haluan sendiri pada tahun 2010.

Terbaru, Nita rupa-rupanya sedang menikmati musim indah percintaan dengan jejaka bernama Mohd Fareez, 26.

“Seganlah nak cerita mengenai kisah peribadi. Cukuplah yang orang tahu setakat itu. Saya tak mampu menebak apa yang bakal terjadi pada mendatang. Insya-Allah doa yang baik-baik saja,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Mungkin kali ini Nita memilih untuk tidak terlalu mendedahkan sisi peribadinya kepada media berdasarkan pengalaman lalu.

Apapun, kami tertanya-tanya juga bilakah dia akan kembali semula ke persada seni secara serius seperti sebelum ini?


Kasihan peminat yang mungkin masih mengharapkan kemunculan Nita sehingga ke hari ini.

Apapun, untuk makluman semua, penyanyi itu akan membuat persembahan di Hard Rock Cafe (HRC) Kuala Lumpur pada 19 Oktober ini bersempena kempen Pinktober 2014 bersama rakannya, Dina Nadzir.

 

Oleh: ELZA /MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori