Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bas Terbabas Langgar 3...

KUALA LUMPUR - Laluan di sekitar Jalan Raja Chulan di sini sesak teruk...

Lensa Anak Muda Sokong...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang sering dikaitkan dengan...

Salji Turun Di Arab...

RIYADH - Ketika dunia dilanda salji dan ais di kebanyakan tempat pada Januari...

Polis Patahkan 14 Cubaan...

AMMAN (Jordan) - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan 14 cubaan serangan keganasan...

Nora Danish Dan Nedim Macam Belangkas, Duduk Serumah Ke?

KALAU dilihatkan aktiviti Nora Danish selain sibuk dengan pelbagai aktiviti seni seperti lakonan dan menjadi jurucakap bagi beberapa produk terkenal, aktres ini juga sering kali berkepit dengan teman lelakinya, Nedim Nazri.

Kalau diperhatikan menerusi laman sosial Nora terutamanya laman Instagramnya, pasti anda tidak menafikan yang hampir setiap hari ada sahaja perkongsian gambar Nora bersama jejaka yang paling rapat dengannya itu sekarang.

(VIDEO: Reaksi Lelaki Apabila Gadis ‘Hot’ Menjadi Gemuk…)

Malah, sebelum ini mereka juga pernah memasak bersama-sama sehingga menimbulkan fitnah di kalangan peminat yang mengatakan mereka tinggal serumah kerana keadaan Nora yang hanya berpakaian tidur atau pyjamas ketika gambar itu dirakam.

nora3

nora4

Yang terbaharu, Nora dan Nedim kelihatan mesra semacam, ala-ala pasangan suami isteri apabila aksi membuka stokin menjadi perhatian peminatnya.

nora

Ada yang mendoakan agar mereka segera menikah sahaja kerana kalau diikutkan daripada segi kemampuan kewangan, kedua-duanya dah lebih daripada mampu untuk menyegerakan majlis pernikahan.

Tapi tak tahulah kalau-kalau mereka belum bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya maklumlah kedua-duanya sebelum ini pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan terdahulu.


nora2

Kalau orang tak tahu, memang akan ingat Nora dan Nedim ni macam tinggal serumah pula sebabnya mereka memang akrab benar dan sering main masak-masak di rumah satu sama lain.

Tapi, anda jangan cepat melatah, kerana kalau tak silap penulis sebelum ini memang pernah ada kenyataan yang menjelaskan Nora dan Nedim sebenarnya tinggal berdekatan dan berjiran di unit kondominium mewah di tengah-tengah ibu kota yang pesat membangun.

Tak baik tau kita bersangka buruk kata mereka tinggal serumah kerana setahu penulis, Nora masih lagi tinggal serumah dengan ibu dan kakak kandungnya, Nadia. – MYNEWSHUB.CC

nora5

 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori