Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir, Macky Sall Adakan...

DAKAR - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Presiden...

Berpanas, Angin Kencang Antara...

KUALA LUMPUR - Berpanas, dilanda angin kencang selain terpaksa melayan kerenah masyarakat adalah...

Polis: Tayang Kemewahan Di...

POLIS Perancis tidak menolak kemungkinan Kim Kardashian menjadi sasaran perompak baru-baru ini kerana...

Nor Nabila Mahu Cerai,...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34,...

Nur Jazlan Dilantik Ahli Majlis Global ACCA UK

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Ahli Majlis Global Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) Antarabangsa di United Kingdom (UK) semalam.

Menurut kenyataan oleh PAC hari ini, Nur Jazlan menduduki tempat kesembilan daripada 170,000 calon di seluruh dunia untuk pemilihan 11 Ahli Majlis Global persatuan berkenaan.

Nur Jazlan berkata, beliau sudah menerima pengesahan daripada ACCA UK yang memaklumkan mengenai kemenangannya dalam pemilihan itu dan keputusan rasmi akan diumumkan dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu pada Khamis depan.

“Kemenangan ini, adalah satu pengiktirafan kepada Malaysia khususnya PAC kerana ahli yang bertanding dalam pemilihan ini mempunyai latar belakang yang cemerlang terutama sekali dalam bidang korporat,” katanya.

Tambah beliau, pemilihannya sudah pasti akan menguatkan lagi kredibiliti PAC dalam memastikan pengurusan kewangan kerajaan dijalankan dengan lebih telus, berintegriti serta bertanggungjawab. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori