Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, akan mengerah 3,000 anggota tentera AS ke Afrika Barat dan melancarkan program latihan penjagaan kesihatan dan kebersihan dalam usaha menyekat penularan wabak Ebola.
Memetik laporan AFP, Obama akan ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta untuk bertemu ketua pegawai kesihatan dan membuat pengumuman itu.
Menurut White House, ia bertujuan menggerakkan usaha masyarakat dunia bagi memerangi penularan wabak Ebola yang sudah meragut 2,400 nyawa. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA