Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Anwar Perlu Beri Penjelasan...

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu...

Ancaman Keganasan Tuntut Komitmen...

TAMPIN – Panglima Angkatan Tentera Singapura Lt. Jen. Perry Lim berkata peningkatan ancaman...

Rahim Thamby Chik Didenda,...

SHAH ALAM - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik...

2 Kru Bot Nelayan...

LUMUT - Dua kru bot nelayan tempatan termasuk seorang tekong nekad meninggalkan bot...

Iklan Diskriminasi: Old Town White Coffee Minta Maaf

KUALA LUMPUR – Oldtown Berhad tidak akan menarik balik kelulusan francais kepada syarikat Paramount Grand Success Sdn. Bhd. (Paramount Grand Success) di Johor Bahru, Johor meskipun syarikat francais itu mengeluarkan iklan kerja kosong yang seolah-olah mendiskriminasi kaum India baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Oldtown Berhad, Clarence Leon D’Silva berkata, syarikat itu dibenarkan meneruskan perniagaan francais restoran Oldtown White Coffee memandangkan operasi francais berkenaan masih baru dan iklan itu bukan dikeluarkan dengan hasrat tidak baik

“Pengarah Paramount Grand Success menjelaskan bahawa iklan jawatan itu tidak pernah bertujuan untuk mendiskriminasi sesiapa. Bagaimanapun, disebabkan kecuaian itu segelintir pelanggan terkeliru dan membuat kesimpulan lain.

“Oleh itu pengurusan Oldtown White Coffee membuat keputusan memberi satu lagi peluang kepada Paramount Grand Success untuk menjadi ahli keluarga kami. Sebagai pendekatan dalaman, syarikat francais ini diberi surat amaran dan rekod kekal tidak kepatuhan dalam rekod mereka.


Justeru, Clarence berkata, pihaknya memohon maaf atas kandungan Notis Perekrutan yang tidak boleh diterima dan menyinggung perasaan itu.

Beliau bagaimanapun mendakwa, pengurusan atasan syarikat itu mendakwa mereka tidak mengetahui tentang kandungan notis jawatan kosong  yang dibuat untuk restoran baharu di Austin Heights tersebut.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori