Oppo sebelum ini telah memperkenalkan beberapa peranti berspesifikasi tinggi mereka, dan terkini mereka menambah sebuah peranti baru di bawah keluarga R1.
Dinamakan Oppo R1L, peranti ini merupakan pembaharuan daripada Oppo R1 yang dilihat menambah sokongan 4G LTE.
Dengan ketebalan hanya 7.1mm, Oppo R1L ini memperlihatkan rekaan lebih kurang daripada sebelumnya dan dikemaskini dengan kerangka sisinya daripada besi.
Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm 1.6GHz Quadcore di mana peranti R1 sebelum ini menggunakan Mediatek Quadcore 1.3GHz, memori sebanyak 1GB, ruangan storan 16GB, skrin bersaiz 5-inci, dan kamera 13-megapixel.
Seperti yang terdapat pada teknologi peranti Oppo, ia turut menawarkan fungsi gesture selain melengkapkannya dengan sistem operasi ColorOS berasaskan Android 4.3.
Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga RM1198 dan anda boleh mendapatkannya dari pengedar rasmi Oppo seluruh negara bermula hari ini.